Cara Detect Jerung Masuk dalam Platform
Berdasarkan pengamatan kami, mane2 kaunter agak susah bergerak ke atas (push up) tanpa penglibatan jerung.
Oleh itu, pemerhatian telah dijalankan utk mengkaji taktik jerung utk masuk ke dlm kaunter itu.
Perlu di ingat, jerung2 ini tidak suka retailer join buy bersama2 dgn mereka, oleh itu mereka biasanya akan mggunakan pelbagai cara utk mengelakkan taktik mereka dikesan oleh retailer.
1. Buy pada pelbagai amount tetapi pada jam, minit & saat yg sama.
Contoh kaunter EPMB pada 21/7/2021.
terdapat 45 continuous buy transaction pada jam, minit & saat yg sama..
ini bermakna, ada 45 nos CDS yang key in Buy secara serentak.
mgkin jerung ada satu system software yg boleh sync. kesemua CDS itu serentak...
manusia biasa agak impossible jika nak dapat kn serentak termasuk saatnya sekali.
Petang itu juga, EPMB fly.
2. Signal yg mencurigakan.
Contoh YBS pada 09/7/2021 (jumaat), terdapat lebih 50 tranksasi dgn pembelian 1 lot shj. Org gila pun xnak bazirkan brokerage fee RM8 jika tiada apa2 tujuan.
so, pada 12/07/2021 (Isnin), YBS fly shingga mencecah 56.6% kenaikan dalam masa sehari.
3. Volume rate yang bernilai RM100k keatas.
Benda ni normal, selalu berlaku di mana2 jika trdpt penglibatan jerung. Boleh dikatakan mgkin jerung yg baik spt Fund Manager tidak segan silu menunjukkan kemasukan volume yg jelas.
Contoh kaunter Ecoworld pada 19/7/2021.
jelas kelihatan ada volume yg bernilai RM208,600 telah masuk pada pagi itu.
4. Jumlah orang yg QUE dkt Buying lagi rendah drp QUE dkt Seller.
Ni menunjukkan jerung menahan harga dkt Buying, dan Seller yg tinggi menunjukkan retailer2 yang ingin menjual.
Contoh Kaunter Aemulus pada 21/7/2021.
Buying
19184 lot / 36 org = 532.88 lot per seorg
Selling
38504 lot / 273 org = 141.04 lot per seorg
Anda perlu hadam baik2, jika jerung jika ingin push harga, dia akan makan price dkt Sell. So, volume sell yg kecik2 ini sbrnnya dibuat oleh retailer. (FASA MARK-UP)
Manakala jika jerung jika ingin jual stock, dia akan makan price dkt Buying. (FASA MARK-DOWN)
#jangan terkeliru dgn fasa accumulation / distribution dimana Jerung akan QUE di kedua2 belah Buy & Sell supaya price terkepit di tgh2...
5. Market Structure yang mengikut Wave
Teknik ni utk mereka yg intraday. tapi sekiranya anda jumpa ada market structure pada ticker chart, ia adalah satu kelebihan, dan boleh consider untk entry pada support yang jelas.
sebagai contoh.
Kaunter: Glotec
Date: 22/07/2021
Pada hari kejadian, Glotec ada kenaikan 6% pada sebelah pagi. So, kita buka ticker chart pada belah pagi.
Terang lagi bersuluh, pada sebelah pagi Glotec telah mmbuat kenaikan sekitar 6% dgn ada wave yg jelas drp wave 1 hingga wave 4.
Volume mendadak masuk semenjak jam 9.00 lebih.
Pada ketika itu, support sgt jelas kelihatan pada hrga 0.60 - 0.610. dan ketika ini, seharusnya kita melakukan entry. dan boleh gunakan VWAP sebagai support. (org yg intraday menggunakan VWAP sebagai support).
Bagi saya, flag ada merupakan pattern yg sangat2 best. dimana jika BO, kaunter itu akan fly dgn lajunya.
so, jom kita tgk apa yg berlaku pada sebelah ptg. kenaikan 17% drp price entry.
Kami akan update sentiasa jika ada perkara2 lain yg menarik utk dikongsikan.
Comments
Post a Comment